PERKONGSIAN DAN INFORMASI DALAM SOAL SPIRITUAL DAN QUANTUM FIZIK

Laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan informasi dalam ilmu Quantum Fizik serta yang berkaitan dengannya khususnya dalam bidang penyembuhan holistik. Mudahan ia bermanfaat.



Halaman

KURSUS

KURSUS TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI)


Kursus keilmuan TERPANTAS membangkitkan dan mengaktifkan TENAGA DALAMAN & MINDA BAWAH SEDAR, membangunkan kekuatan Intelektual (IQ), kekuatan emosi (EQ) dan kekuatan spiritual (SQ) untuk mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupan,

Ilmu Daya Sejati Insani ini yang merupakan gabungan daripada berbagai aliran Perguruan dan berbagai kaedah, tanpa mengubah akidah atau pegangan sesuatu Agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu Agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa mengunakan kuasa Jin, Khodam kafir, Syaitan, Azimat atau lain-lain bantuan. Insya-Allah akan terbuka ‘RAHSIA’ untuk memiliki keilmuan ’KESEJATIAN DIRI’ yang ‘MULTI-FUNGSI’ di mana selama, ia sangat di ‘RAHSIA’ kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat di rahsiakan.


APA ITU TENDAI

Ilmu Tenaga Dalam Ilahi atau TENDAI adalah SENAM PERNAFASAN BIOMAGNETIK atau OLAHNAFAS khusus bagi membangkitkan kepekaan fizikal, emosi dan spiritual serta membangkitkan Kesejatian Diri. Menjana energi positif ke tahap maksima. Membebaskan diri dari belenggu emosi serta energi negatif agar menemukan KESEJATIAN DIRI bagi mengatasi pelbagai masalah atau gangguan fizik, emosi dan spiritual.

Ilmu TENDAI terdiri dari Tenaga Dalam Batin dan Tenaga Dalam Fisik, kombinasi keduanya membuatkan seseorang pengamal tidak akan kehabisan energi atau keletihan ketika melakukan amalan TENDAI. Kebanyakan tenaga dalam dari aliran lain, hanya mempunyai salah satu aspek tersebut, aitu Tenaga Dalam Fisik, sehingga sering kehabisan tenaga. Ilmu TENDAI memadukan keduanya, kedua-dua aspek tersebut akan melakukan pengisian secara otomatis setelah digunakan, tetapi untuk mempercepat dapat dilakukan dengan olah nafas.

TENDAI mempunyai metod yang khusus, berbeza dengan tenaga dalam yang lain. Tenaga Dalam Ilahi hanya bersumberkan pada keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan dipadu dengan pemusatan fikiran yang jitu (konsentrasi penuh). Ia berasal dari keyakinan hati yang paling dalam, bersih dan suci dan akhirnya akan menemukan keyakinan kita akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Ilmu ini dapat difungsikan selama-lamanya, tidak akan hilang dan akan terisi kembali setelah digunakan.. Tidak berlaku kontradiktif bila Anda belajar ilmu tenaga dalam/batin yang lain, asal beraliran putih.

Tenaga dalam dapat dibangkitkan dengan olah pernafasan, baik olah pernafasan yang ditekan pada perut, rongga dada maupun dibawah pusat yang di kombinasikan dengan pemusatan fikiran (Konsentrasi penuh) pada satu titik. Dengan tenaga dalam seperti ini mampu menghimpun suatu kekuatan ghaib yang disaring dari Daya Hayat / Daya Prana / Magnetis yang berada di dalam alam bebas mahupun pada diri sendiri. Namun bila daya prana tersebut telah dipergunakan dan tidak dilatih secara rutin, maka daya prana akan menghilang dengan sendiri.

MANFAAT TENDAI :


1. Kemampuan Melakukan Terapi Penyembuhan
- Dapat membantu melakukan Terapi penyembuhan berbagai penyakit dalam diri peribadi mahupun orang lain (jarak dekat mahupun jarak jauh).
- Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja untuk tujuan rawatan.
- Mengubati kemandulan atau lemah syahwat
- Terhindar dari Lemah badan, perapuhan tulang.
- Menyembuhkan penyakit: Stroke & Lumpuh, hemiplegia (mati sebelah),Parkinson,Sroke, dan gangguan Jantung.
-Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan, gangguan makhluk halus, memusnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh dan pelbagai lagi.

2. Hubungan Kelamin
Daya tahan seksual berjam-jam

3. Pengasihan
- Meningkatkan Daya pengasih dan karisma,
- Menundukkan hati/perasaan orang / rakan / isteri / lawan bisnes / kekasih (lelaki / wanita)

4. Kecantikan
- melambatkan proses penuaan tubuh dalam jangka waktu lama sehinga kulit tetap kuat dan kencang dan anti kedut wajah walaupun usia bertambah tua.

5. Kewibawaan

- Meningkatkan Kewibawaan diri, disegani, dikasihi, dihormati ke mana pergi.
-Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga beribawa dn disegani.
-Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang

6. Pelarisan
- Membuka sumbatan pintu kerezekian,melancarkan usaha & penagihan hutang.
-Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang perniagaan dan pekerjaan.

7. Pertahanan Diri
- Perisai diri dari segala serangan fisik maupun metafisik
- Dapat mengunci ilmu atau serangan orang lain
- Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. Membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.
- Boleh melakukan gerak ilham, hanya dengan gerakan energi dalam badan yang dipimpin oleh kekuasan Ilahi, dalam keadaan anda sedar, Meniru pelbagai bentuk senibeladiri. Ia bangkit dari minda bawah sedar.
- Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. InsyaAllah. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.
- Tidak luka atau cedera jika terkena senjata tajam (bila benar kejadian diserang musuh)


8. Peningkatan Daya Tumpuan/Konsentrasi
-Meningkatkan kecerdasan minda, lulus peperiksaan, mudah hafal, kuat ingatan.

Dan masih banyak manfaat lainnya yang akan diperoleh



PROSES PENGISIAN DAN PEMBANGKITAN JARAK JAUH

Proses pengisian dapat dilakukan walau dimanapun anda berada, dan tidak membedakan agama, ras, suku dan bangsa. Waktu pengisiannya hanya memakan waktu sekitar satu setengah jam (untuk proses penyelarasan). Setelah di isi anda akan lansung merasakan tenaga dalam meresap di dalam diri anda dan dapat berfungsi selama-lamanya.

Tahap

1.Attunements Energy Sensitifitas untuk meningkatkan kepekaan rasa dan tubuh terhadap energi (1 kali attunement, dan 6 hari meditasi penguatan kepekaan)
2.Pembangkitan Tenaga Dalam Ilahi ( 1 kali pembangkitan, dan 7 hari latihan nafas fisik untuk penguatan)

Tanda-Tanda Awal Setelah Pengisian

Umumnya Telapak tangan terasa panas atau sejuk dan meremang (seolah-olah semut sedang berjalan atas tangan anda) serta jari dan tangan bergerak dengan sendiri dan seterusnya anda mampu mendatangkan gerakan-gerakan silat, kungfu, dan tarian.


SOALAN-SOALAN LAZIM

1- Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah?

TENDAI adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Ilahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang Allah kurniakan. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat. Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui Transfer Energi Pembuka atau Pembangkit dari TENDAI MASTER kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.

2- Adakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa..?

Latihan TENDAI adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu-ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuk juga dari negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan. Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

3- Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa energi telah ditransferkan?

Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas di dalam diklat panduan Aplikasi TENDAI yang akan disertakan untuk ahli baru. Setelah pengisian anda akan dapat merasakan samada terasa haba di telapak tangan, terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di telapak tangan dan dihujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

4- Adakah Ilmu ini kekal sampai bila-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama, seperti meninggalkan solat dan sebagainya?

Keilmuan yang telah diisi tidak akan hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang-larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa, itu adalah tanggungan anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan. Namun demikian sekirannya ingin mendapat keberhasilan Ilmu ini dengan lebih baik, meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

5- Adakah Ilmu boleh dikuasai oleh semua orang? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?


Sekali lagi diingatkan di sini bahawa sesiapa saja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang inginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

6- Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?

Boleh belajar ilmu lain dan tiada sebarang efek negatif dengan mana ilmu yang telah dipelajari. Malah menguatkan lagi segala ilmu yang pernah dikuasai. Mana-mana ilmu yang pernah dipelajari dan tidak berjaya, InsyaAllah boleh dibangkitkan semula dengan jaya. Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negatif akan tertolak atau dikeluarkan secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

7- Apakah Ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?

Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apajua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan di dalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran, semut-semut atau haba pada telapak tangan. Selepas itu selesai. Itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. InsyaAllah.

8- Perlukah latihan untuk ilmu ini? Sampai bila perlu berlatih?

Latihan diperlukan untuk menstabilkan energi atau tenaga dalam badan yang telah diisi. Ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru di dalam badan anda. Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung. Sekiranya tiada latihan tersebut energi tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda akan terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa. Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan dengan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari.Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

9- Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekirannya saya ada sebarang masalah?

Selepas pengisian selama 20 minit olahan Pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja..Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan. Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, surat, atau email. Untuk surat pastikan sertakan sampul surat sendiri dan bersetem 30 sen.

10- Bilakah saya boleh mempelajari peringkat GURU?

Anda boleh membayar mahar peringkat GURU terus iaitu RM/ BRUNEI/ SINGAPURA 550. Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar juga selama 21 hari. Selepas tamat terus hubungi PENGIJAZAH. Bagi peringkat DASAR mahar RM /BRUNEI/ SINGAPURA 165 , selepas membuat latihan 21 hari anda perlu menghubungi saya dan membuat Bayaran untuk peringkat GURU RM/ BRUNEI/SINGAPURA 550. Anda akan diijazahkan dengan peringkat GURU. Dalam peringkat GURU anda akan dibuat pengisian lain. Anda akan menguasai pelbagai ilmu kesaktian dari seluruh pelusuk nusantara, terutamanya dari tanah Jawa dan Tanah Melayu. Ilmu-ilmu warisan dari para kiyai serta sesepuh Tanah Jawa dan Melayu.


TINGKATAN DALAM TENAGA DALAM ILAHI

1) PERINGKAT DASAR TENDAI Daya Sejati Insani- Mahar RM165 (165 MYR)


- Daya Sejati Insani merupakan dasar dari berbagai Ilmu Tenaga Dalam dan Tenaga Batin Tingkat Tinggi.
- Kaedah terpantas mengaktifkan tenaga dalam, tenaga ghaib, tenaga batin, mengaktifkan minda separa sedar.
- Untuk kegunaan diri dan keluarga..MULTIFUNGSI dalam kehidupan
- Ilmu Daya Sejati Insani ini adalah untuk semua hajat kehidupan yang dilakukan tanpa ritual puasa, latihan jurus berjam-jam, zikir, meditasi dan bermacam-macam lagi, setelah 1/2 jam waktu pengisian yang hanya mengambil masa 1/2 jam sehari selama 21 hari,anda sudah boleh menguji keberadaan ilmu ini dan seterusnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan orang lain secara spiritual.
- Secara tak langsung keilmuan ini dapat menambah rasa keimanan kita kepada Allah S.W.T, nilai ibadat kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat meningkat kepercayaan pada diri sendiri.
- Memiliki kesemua kelebihan dan manfaat ilmu tendai. (penyembuhan, kerezekian, pengasihan, kewibawaan, benteng diri, dll boleh rujuk bahagian "manfaat tendai"...
- Penggunaannya sangat mudah. Hanya dengan niat serta bermohon sahaja dan rasakan getaran energinya.
- Latihan Pengolahan dan Pembangkitan Daya Sejati Insani dirancang khusus dan sangat mudah dipelajari oleh sesiapa pun sama ada orang dewasa, kanak-kanak, wanita, malah bagi mereka yang cacat anggota sekalipun masih boleh memiliki keilmuan ini.
- Latihan 21 Hari. 2 kali sehari. 15 minit sekali latihan.
- Adapun keberadaan ilmu ini adalah kekal selama-lamanya dan dapat pula turun kepda orang lain tanpa mengurangkan ilmu yang ada malah keilmuan anda bertambah dan terus bertambah.
- Ilmu untuk menjurus musuh dengan hanya tiupan mulut, hirupan nafas, kerdipan mata, gerakan kepala dan apa jua gerakan tubuh, musuh akan terasa seperti kapas tanpa tenaga, jin/makhluk halus akan lari di saat melihat kita dan penyakit medis dan non medis mula mengurang apabila terkena sentuhan jari kita.
- Tanpa perlu Azimat, Air Keramat, Tasbih Keramat, Minyak Keramat, Khodam, Jin, tanpa perlu pendamping dan bermacam-macam lagi anda masih berpeluang mempunyai keilmuan yang anda ingini tanpa perlu memperjudikan hidup anda pada syaitan atau Makhluk halus.
- Anda akan dikirimkan sedikit garam yang telah dibuat pengisian sebagai pengijazahan serta pembukaan kunci tenaga.
- Kaedah Proses pengisian jarak jauh akan anda perolehi dari panduan yang akan dikirimkan.
- Hasilnya sama dengan yang hadir dan diterima sebagai ahli. BANGKITKANLAH TENAGA DALAM...


2) PERINGKAT MASTER TENDAI : Sukma Jiwa Sejati- RM550 (550MYR)

- Memiliki kekuatan energi yang berlipatganda.
- Untuk kegunaan diri, keluarga dan membantu orang lain.
- Mampu mengijazahkan TENDAI Dasar kepada orang lain dengan mahar RM165.
- Latihan 9 hari..Tanpa olahan nafas yang berat.
- Mendapat Ijazah TENDAI Master. Menguasai keilmuan Daya Sejati Insani,
- BONUS 4 Diklat Paranormal (Himpunan ilmu sakti Nusantara) Keilmuan kekal sampai bila-bila, insya-Allah.



3. PERINGKAT TENDAI GRANDMASTER - RM2,800 (2,800MYR)

- Terima bersih,Tanpa sebarang latihan.
- Makin digunapakai semakin berganda dan berlipat kali ganda kekuatan...
- Multifungsi, tanpa had penggunaannya..
- Mampu melakukan rawatan walaupun dalam keadaan tidur sekalipun. Tanpa sebarang konsentrasi, tanpa ubat, tanpa bedah, tanpa suntikan dan sebagainya.
- Getaran gelombangnya semakin halus dan tidak dapat discan oleh mana2 orang atau ahli metafizik.
- InsyaAllah tidak dapat ditembusi oleh sebarang gangguan spiritual.
- Ijazah GrandMaster TENDAI, dibenarkan dan diijazahkan untuk Mengijazahkan Master RM550 dan Dasar TENDAI RM165 kepada orang lain
- BONUS lebih 8 Diklat (kitab) paranormal himpunan ilmu rahsia HIKMAH NUSANTARA.yang perlu dikongsi.
- Memiliki kesemua kehebatan peringkat Dasar dan GURU, malah mampu memiliki sebarang ilmu yang dihajati.


4. PERINGKAT SUPERGRANDMASTER: Master Bioenergi - RM4,500 (4,500MYR)


- Pakej lengkap untuk ilmu TENDAI.
- Mampu mengijazahkan kesemua peringkat di atas dan semua kelebihan yang ada.
- Mengasaskan ilmu sendiri, mengasaskan produk sendiri.
- KAEDAH penyelarasan frekuensi bionergi.
- Latihan ringkas 2-3 minit selama 9 hari. Sekali sehari.
- Energi terhalus dan tertinggi geratan frekuensinya. Kekuatan energi tidak mampu discan oleh mana-mana perguruan.
- Multifungsi dalam kehidupan.
- Semakin diguna energinya semakin lancar dan berlipatganda kekutannya.
- BONUS PAKEJ ISTIMEWA !! :
• TAHAP MASTERHAKIKAT BESI KURSANI - penawar segala jenis bisa dan segala jenis logam. Dapat berfungsi sehingga 6 orang yang dipegang.(RM3600)
• TAHAP MASTER ILMU HYPERMETAFIZIK (RM2800)
• TAHAP MASTER ILMU SHAKTIVAT (RM2800)
• PELBAGAI KITAB ILMU HIKMAH (HIMPUNAN ILMU-ILMU HIKMAH NUSANTARA)
• RAHSIA ATRAKSI DAN ILUSI
• VCD SENIBELADIRI, DEMO DLL. (SELAGI STOK ADA)
• KESEMUA PAKEJ DI ATAS TERMASUK DALAM PERINGKAT SUPERGRANDMASTER TENDAI.


Kursus ini akan dibimbing dan dikelolakan sendiri oleh Dr. Muhammad Keegan. Para murid akan dibimbing, bagaimana mengubah dan memperbaiki teknik dan cara bernafas menjadi lebih sempurna, efektif dan efisien. Dengan method latihan TENDAI peserta latihan dapat sekaligus menyerap oksigen dan prana lebih banyak ke dalam tubuh.

Pembangkitan dapat dilakukan dengan cara langsung mahupun jarak jauh.
Adalah sangat perlu diingatkan, pengijazahan secara jarak jauh, hasilnya tetap sama dengan hadir secara langsung ke PUSRAF.