PERKONGSIAN DAN INFORMASI DALAM SOAL SPIRITUAL DAN QUANTUM FIZIK

Laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan informasi dalam ilmu Quantum Fizik serta yang berkaitan dengannya khususnya dalam bidang penyembuhan holistik. Mudahan ia bermanfaat.



Halaman

Khamis, 4 Mac 2010

GANGGUAN JIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….di sini kita bincangkan berkenaan dengan tanda-tanda gangguan jin. Kebiasaannya tanda-tanda dibawah ini adalah tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah gangguan jin saka atau keturunan, walaubagaimanapun ini hanyalah panduan semata-mata, Jadi kepada sesiaapa mempunyai tanda-tanda seperti di bawah adalah dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan perawat-perawat yang berpengalaman merawat dengan kaedah rawatan Islam.

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
- Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia mengigit lidahnya.• Berjalan terhoyong-hayang.
- Suara berubah ketika marah.
- Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
- Cara makannya menjijikkan.•
- Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir ataubersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
- Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran•
- Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
- Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.•
- Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
- Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.•
- Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
- Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
- Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
- Selalu bermimpi.•
- Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.•
- Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.•
- Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain
- Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
- Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
- Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
- Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktuyang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akankeluar sedikit.
- Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.•
- Waswas•
- Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
- Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuhatau berzina
- Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidakberdaya.• Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.•
- Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya•
- Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan
- Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.


B. TANDA-TANDA SEMASA WAKTU TIDUR
- Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh•
- Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
- la bermimpi berjalan di atas air atau darah
- Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.•
- Rasa cemas dan kerap terjaga tidur di waktu malam.•
- Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur
- Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
- Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itusakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku•
- Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan dalam pelbagai rupa yang menakutkan atau mimpi yang menyedihkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup
- Mimpi berjumpa berbagai haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar
- Bermimpi seolah-olahnya ia akan jatuh dari tempat yang tinggi
- Bermimpi ia sedang berada di kawasan perkuburan atau kawasan pembuangan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).•
- Mimpi melihat manusia yang bersifat sangat pelik seperti terlalu tinggi atau sangat pendek atau melihat manusia sangat hitam. atau tinggiatau terlalu rendah hitam
- Bermimpi melihat hantu.

CONTOH LAIN-LAIN GANGGUAN JIN
- Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
- Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
- Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
- Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan